salam kabhi kushi kabhi gham semua..

By shahrilmajid, April 19, 2010 6:47 am

Event : Engagement ceremony of local Indian celebrity Dines Kumar ( aatam heats 4 ). + Vimala

During this shooting, i wonder if i can be like yash copra.. and there are Shahruk Khan and  Kajol. I learn that Three things are necessary to become a good Director of Photography: training, experience, and a good eye ;) cheer..

Photographer : shahrilmajid + Pakdin
Videographer : Mugilan

I don’t know the key to success, but the key to failure is trying to please everybody.
~ Bill Cosby

  • Share/Bookmark

Redza & Ilyana

By shahrilmajid, April 12, 2010 12:29 am

Redza & Ilyana
Loc : Sham Homestay
Date : 20 Mac 2010

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Ada ketikanya sesuatu gambar itu lebih hidup jika dihasilkan tanpa bantuan ‘flash’ atau speed light. Kenapa saya berpendapat begitu, sebenarnya kita dikurniakan 24 jam sehari dan dalam tempoh tersebut kita dianugerahkan dengan keadaan cahaya yang berbagai-bagai. Keadaan cahaya yang berbagai-bagai inilah yang dapat menentukan suhu dan situasi subjek . Peredaran matahari dari timur ke barat akan memberi isyarat untuk mengukur waktu sambil mengingatkan hubungan kita dengan tuhan.

Kadang-kala saya memerlukan bayang-bayang untuk menonjolkan keduduakn subjek, emosi serta keadaan rupabentuk subjek. Ini lah yang saya cari ketika menyempurnakan tugasan album storyboard. Bagi saya, untuk menceritakan sesuatu dengan jelas, waktu kejadian perlu diungkapkan dengan jujur melalui sumber cahaya yang ada (available light).

Sometimes the simplest picture are the hardest to get.

Dalam dunia fotografi, kita mahu apa yang bakal dirakamkan nanti sebolehnya ditatap dengan penuh kepuasan mengikut tema yang telah di setkan dalam minda seseorang. Saya selalu mencabar diri sendiri dan rakan-rakan saya dalam putrafoto untuk menggunakan segala apa yang ada dikeliling mereka tanpa menggunakan peralatan yang canggih. Mungkin ‘available light’ merupakan teman saya yang paling hebat yang pernah saya jumpa bagi membantu saya mendapatkan hasil foto yang lebih realistic.

Kecantikan dan seni fotografi saling berkait-rapat antara satu sama lain. Saya percaya, semua juru foto dalam dunia ini sedang mencari kecantikan dalam semua sudut lensa kamera mereka. Malang sekali kecatikan itu adalah sesuatu yang subjektif untuk ditafsirkan. Baru-baru ini saya sempat berkongsi pengalaman dengan seorang pemilik studio foto berbangsa cina di sebuah bandar. Saya terus menunjukkan beberapa contoh foto yang pernah saya hasilkan dan foto – foto ini sebenarnya telah menjadi pilihan oleh seorang juru foto perkahwinan mat saleh.

Tetapi bagi pemilik kedai ini yang sudah berpuluh-puluh tahun berurusan dengan pelanggan fotonya, beliau berpendapat rata-rata pelanggannya masih lagi belum bersedia untuk menerima foto-foto artistic. Mereka lebih sukakan gambar-gambar yang formal. Like national anthem you know, katanya. Kalau boleh semua seluruh anggota mahu masuk dalam frame. Adalah sesuatu yang merugikan bagi mereka jika menerima foto-foto seperti kasut, cincin, gambar terpotong itu dan ini dan sebagainya.

Saya kira sudah tiba masanya untuk kita melenyapkan mentaliti seperti ini. This is a ART and art is very related with wedding photographer. Tanpa seni dan kreativiti dalam sesuatu fotografi perkahwinan, ia akan kelihatan seperti foto-foto lain yang boleh dirakam dengan telifon bimbit.

Ketika penulisan sedang dikarang, saya masih lagi mendalami seni fotografi perkahwinan bangsa lain yang mungkin boleh saya adaptasi untuk bakal-bakal klient saya. Tiba-tiba saya terjumpa perkataan ‘shadi’..

To be continue ..

Jangan curang ya, hold the line and stay with me, call 013-429 0077 to book for your big day.

Our talents are the gift that God gives to us… What we make of our talents is our gift back to God.
~ Leo Buscaglia

“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Member of Utaraclick.com
http://www.putrafoto.com
add us on facebook http://www.facebook.com/putrafoto
http://shahrilmajid.fotopages.com
Voice : 013-4290077
Ym : King_qalha@yahoo.com

  • Share/Bookmark

putrafoto behind the scene..

By shahrilmajid, April 6, 2010 12:18 am

Biar Jasa Jadi kenangan, Hijau Kuning Lambang kemegahan ,Jelapang padi, tempat sanjungan Negeri Kedah Darul Aman,Kedah Kedah Pantang Kalah

5 hari lagi pasukan bola sepak kedah akan mara ke peringkat akhir, sesuatu yang sudah lama ditunggu-tunggu oleh semua orang kedah sejak zaman Radhi Mat Din lagi. Khas untuk semua peminat – peminat pasukan bola sepak kedah, entry kali ini kami ingin berkongsi pengalaman sewaktu bekerja bersama dengan Farizal Rozali yang juga seorang penyerang pasukan kedah. Kali terakhir saya berjumpa ketika dia masih lagi dalam keadaan kecerderaan.

Sebagai orang kedah, sudah pasti saya akan menyokong kedah hingga ke akhir tempoh perlawanan sabtu nanti. walaupun datang sogokkan berjuta-juta ringgit, saya akan tetap teguh menyokong kedah..Napa, tak percaya eyy..

Hold the line and stay with me, call 013-429 0077 to book for your big day. Ayuh kita gegarkan stadium……..

Photographer : shahrilmajid
videographer : pak din

“You are responsible for your life. You can’t keep blaming somebody else for your dysfunction. Life is really about moving on” .~ Oprah Winfrey

“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Member of Utaraclick.com
http://www.putrafoto.com
add us on facebook http://www.facebook.com/putrafoto
http://shahrilmajid.fotopages.com
Voice : 013-4290077
BB Messenger : 2150F589
Ym : King_qalha@yahoo.com

  • Share/Bookmark

shoot of the month

By shahrilmajid, April 2, 2010 5:03 pm

Photobucket

Focal Length : 38mm
F-Number : F/5
Exposure : 1/4 sec.
ISO Speed : ISO 200

waktu lahirnya, dia menangis dan orang di sekelilingnya tersenyum. kemudian dia bukan sahaja berjaya buat kita tersenyum malah lebih dari itu hingga kita lupa segala masalah. tapi kini waktu dia meninggal, dia tersenyum dan orang-orang di sekelilingnya menangis, semoga rohnya dicucuri rahmat ~ special dedicate to aruah abg Din ( Al-Fatihah )

**Arwah abang din (din beramboi)  selamat dikebumikan hari ini dan kehilangannya amat dirasai oleh mereka -mereka yang membesar dengan celotehnya termasuk juga saya. Teringat waktu sekolah dahulu, sanggup kunci jam untuk bangun pukul 2 pagi semata-mata untuk mendengar coleteh si ‘shasha’ watak din beramboi ketika itu di THR. waktu tu cuma ada keset rekorder dah habis semua keset kepunyaan ayah saya overwrite kan. ada ketikanya saya cuma bangun untuk rakamkan celoteh beliau (sebab perlu ke sekolah keesokannya) sahaja dan dengarkannya keesokan paginya.

kemudian masa terus berlalu, zaman sekolah pun telah lama saya lupakan dan pemain keset tidak lagi digunakan sekarang dan kalau ada pun ia tidak mampu menandingi kehebatan Radio CD player yang ada sekarang.  biarlah semahal mana pemain radio moden itui kini saya mampu memilikinya. Dari pendengar setia stesen radio berbahasa inggeris kini saya beralih ke siaran radio ERA semata-mata kerana beliau.  Dalam hujung minggu yang padat dengan jadual penggambaran saya mencuri masa untuk melihat siaran rakaman ASTRO RAJA LAWAK atau setidak-tidaknya memuat turun dari laman web youtube.

Melalui radio CD player radio itu jugalah saya mendengar celoteh beliau waktu memandu ke pejabat hingga hampir lupa segala masalah didunia ini.  bermula esok, pagi-pagi selepas ini tidak lagi riuh sebelumnya.  kini, hanya saya sahaja yang tahu apa nasib radio CD player itu sekarang.  life is too shot my friend ..

Memory may fade, but pictures last forever

  • Share/Bookmark

Majlis Pertunangan Hafidz & Nurdini

By shahrilmajid, March 29, 2010 12:00 pm

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Majlis Pertunangan Hafidz & NUrdini
19 Mac 2010
Kepala Batas, Kedah

Bulan Mac adalah bulan yang paling sibuk bagi putrafoto, bermula awal bulan hingga ke akhir bulan dan proses editing masih lagi berlaku ketika ini. Sesenungguhnya masa amat berharga ketika ini, dan ketika ini barulah saya faham istilah inggeris “time it money“ yang sebenar, masa amat berharga untuk dibazirkan ketika ini!

Mungkin ada satu perkataan untuk menggambarkan keadaan diri saya sekaran ini. Satu perkataan dengan 7 huruf , iaitu “EXCITED”.

Photography : shahrilmajid
Videograpgy : Moksin

  • Share/Bookmark

Sham & Suzy

By shahrilmajid, March 24, 2010 12:43 am

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Percaya atau tidak jika saya katakan bahawa dalam kerja-kerja fotografi, tugasan tidak habis di tempat penggambaran sahaja. Proses editing perlu diteruskan bagi menghidupkan foto yang telah dirakam supaya hasil fotografi dari putrafoto mempunyai identitinya sendiri. kerja-kerja suntingan ini sebenarnya memerlukan peruntukan masa yang sesuai kerana seni itu akan lebih cantik jika dilakukan dengan penuh ketelitian. Kadang-kadang, saya memerlukan masa hampir seharian untuk meneliti dan memahami foto-foto yang telah diambil sebelum memulakan proses editing. pada hari kedua barulah proses editing dapat dimulakan ‘excited’ sekali. yes, maybe this is how i learn to get the feeling.

baru-baru ini saya berkesempatan menonton sebuah rancangan berkaitan dengan perkahwinan ala bollywood. Majlis tersebut penuh dengan romantik dan bewarna warni. From time to time, i keep study on how to create your weddings seromantik yang mungkin. saya tidak menafikan, pengaruh fotografi saya akhir-akhir ini banyak dipengaruhi oleh gambar-gambar yang anda biasa lihat dari filem hindustan..

Minggu lepas saya baru sahaja selesai dari lokasi penggambaran di stesen keretapi. suasana disana sudah cukup mengilhamkan saya sebuah scene yang saya inginkan selama ini. Jangan risau kerana anda tidak perlu menari di atas kepala keretapi untuk itu..

Jangan curang ya. Hold the line and stay with me, call 013-429 0077 to book for your big day

“If you enjoy what you do, you’ll never work another day in your life.”
-Confucius

“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Member of Utaraclick.com
http://www.putrafoto.com
find us on facebook http://www.facebook.com/putrafoto
http://shahrilmajid.fotopages.com
Voice : 013-4290077
Ym : King_qalha@yahoo.com

  • Share/Bookmark

Laila & Rie

By shahrilmajid, March 16, 2010 1:40 pm

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Majlis Perkahwinan Rie & Laila
14 mac 2010
Teloi timur

Tidak kira sesiapa pun manusia di muka bumi ini, setiap orang mahu kelihatan cantik dan anggun. Kecantikan telah menjadi sesuatu yang sinonim sejak dahulu lagi, sejak zaman Cleopatra hingga kezaman materialistic sekarang. Betapa ruginya kecantikan itu ditatap hanya dalam tempoh sesaat. Sebagai jurugambar, putrafoto memahami bahawa setiap orang mahu kelihatan cantik dimana sahaja apatah lagi didalam album gambar dimana ia bukan sahaja mampu ditatap oleh seorang dua tetapi mungkin oleh seluruh kaum keturunan.

Sebagai jurufoto, saya ingin memastikan semuanya berada dalam keadaan sempurna di hadapan kamera kerana saya percaya setiap pelanggan kami mahu mereka kelihatan cantik dihadapan kamera dan mungkin di depan abang fotografer. Pada pendapat saya, kecantikan itu adalah sesuatu yang subjektif untuk ditaksifkan, seekor burung helang mungkin akan kelihatan gagah jika dilihat dari pandangan hadapan, tetapi mungkin tidak bagi mereka yang suka melihatnya dari pandangan sisi.

sebagai bakal pengantin, anda mesti tahu dimana keindahan majlis anda. untuk mencari dimana kecantikan tersebut, serah sahaja kepada kami.

Hold the line and stay with me, call 013-429 0077 to book for your big day

“Laki-laki dan perempuan adalah sebagai dua sayapnya seekor burung. Jika dua sayap sama kuatnya, maka terbanglah burung itu sampai ke puncak yang setinggi-tingginya; jika patah satu dari pada dua sayap itu, maka tak dapatlah terbang burung itu sama sekali.”- Bung Karno

  • Share/Bookmark

How we can get connected ??

By shahrilmajid, March 8, 2010 12:59 am

Photobucket

http://twitter.com/putrafoto
http://www.facebook.com/putrafoto
http://profiles.friendster.com/shahrilmajid
yaahoo Mesenger : king_qalha@yahoo.com
BB Messenger : 2150F589
Voice : 013-429 0077

Urusan menjadi lebih mudah. Kini terdapat cara baru bagaimana anda boleh mendapatkan maklumat tentang pakej video & fotografi kami. Lebih cepat dari telegram.. Percayalah

  • Share/Bookmark

Shoot of the month : Nujum pak Belalang

By shahrilmajid, March 2, 2010 12:49 am

Photobucket

Tema / Tajuk : Nujum Pak Belalang
F-Number : f/5.6
Exposure time : 1/125 sec
ISO Speed : ISO-250
Focal Length : 45mm

“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Member of Utaraclick.com
http://www.putrafoto.com
http://shahrilmajid.fotopages.com
Shahril Majid | Create Your Badge
add us on facebook http://www.facebook.com/putrafoto
http://shahrilmajid.com
Voice : 013-4290077
Ym : King_qalha@yahoo.com

  • Share/Bookmark

Burhan & Wan

By shahrilmajid, February 22, 2010 1:55 am

Majlis Perkahwinan Burhan & Wan
14 Februari 2010
Kampung bujang, Merbok

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Dalam bidang digital photography, yang paling mahal di dunia ini adalah masa selain nyawa kita sendiri. Dalam bahasa inggeris, masa disebut sebagai ‘time’, manakala dalam bahasa arab, masa disebut sebagai saa’h. ‘Masa’ bagi saya ialah masa untuk mengedit, masa untuk memandu untuk ke tempat majlis klient, masa untuk menghantar gambar ke kedai untuk dicuci, masa untuk ke pejabat pos untuk menghantar album.

Adalah sesuatu yang menakjubkan apabila sesuatu peristiwa dapat diterjemahkan dalam bentuk foto yang indah. Di putrafoto, kami memahami bahawa setiap waktu yang berdetik sewaktu majlis perkahwinan berlangsung amat bernilai kerana sebenarnya masa amat pantas berlalu ketika itu, jesteru ia perlu dirakamkan sebaik mungkin.

Bermula dari majlis perarakan pengantin, merenjis tawar, makan beradab hinggalah ke sesi ‘outdoor’ sebenarnya masa ketika itu terlalu pantas untuk dinikmati. Dalam sesi fotografi versi ‘putrafoto’, sebenarnya element romantic sudah menjadi kemestian dari mula hingga akhir. Dalam sesi fotografi sekalipun, laki-laki dan perempuan harus bekerjasama bagi menghasilkan karekter yang hidup didalam sesebuah album. Laki-laki dan perempuan adalah sebagai dua sayapnya seekor burung. Jika dua sayap sama kuatnya, maka terbanglah burung itu sampai ke puncak yang setinggi-tingginya; jika patah satu dari pada dua sayap itu, maka tak dapatlah terbang burung itu sama sekali. Begitulah pentingnya kerjasama antara setiap pengantin dalam menjayakan sesebuah tugasan fotografi.

Jangan curang tau.. hold the line and stay with me. call 013-429 0077 to book for your big day.

“ berikan aku seribu orang dan dengan mereka akan aku gerakkan gunung semeru. Beri aku sepuluh pemuda yang membara cintanya kepada tanah air dan aku akan menggoncang dunia” – Bung karno, Presiden pertama Indonesia

“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Member of Utaraclick.com
http://www.putrafoto.com
http://shahrilmajid.fotopages.com
Shahril Majid | Create Your Badge
add us on facebook http://www.facebook.com/putrafoto
http://shahrilmajid.com
Voice : 013-4290077
Ym : King_qalha@yahoo.com

  • Share/Bookmark

Panorama Theme by Themocracy


SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline