Wedding clip FAZDLY & AZURA

kalau kita boleh patah balik 10 tahun dahulu, cuba bandingkan apa yang ada dan apa yang tiada pada zaman sekarang pada setiap majlis perkahwinan. Rata-rata yang berumur awal 30 an pernah merasaai zaman-zaman kegemilangan rock kapak, zaman-zaman fun fair dan sebagainya. baiklah, sebenarnya saya ingin membawa anda ke zaman  itu supaya anda dapat membandingkan betapa majlis perkahwinan orang melayu telah melalui beberapa transformasi, revolusi dan sebagainya ( sorry kalau say akurang bijak menggunakan perkataan yang sesuai bagi menggambarkan perubahan)

sekitar 10 tahun dahulu, saya pernah menghadiri majlis perkahwinan seorang VIP. Sambutannya sungguh meriah. 3 hari 3 malam sambutan yang diadakan. Seingat saya, ketika itu KUGIRAN (kumpulan gitar rancak) menjadi pilihan serta kehendak bagi setiap majlis perkahwinan. Fotografi dan videografi perkahwinan belum lagi mengambil tempat dihati masyarakat kita ketika itu.

Bagi sesetengah tempat di kawasan utara, sekitar awal 90 an, Kompang adalah wajib! bagi menyambut kedatangan pengantin. berbeza dengan sekarang, kompang masih kedengaran.. tetapi mungkin melalui pembesar suara. Kalau diperhatikan zaman sekarang, mereka yang menghadiri majlis perkahwinan tidak pulang dengan tangan kosong. sekurang-kurang nya mereka pulang dengan gift, paper bag. Nampaknya trend ini menggantikan bunga telur yang pernah kita dapat dahulu.

Ramai juga dikalangan sahabat saya menjadi DJ sambilan di majlis perkahwinan. sesuatu yang jarang berlaku ketika dahulu. Bagi saya, DJ adalah wajib bagi menceriakan suasana majlis perkahwinan. Bukan sahaja menceriakan pengantin serta untuk mencuit rasa hadirin tetapi setidak-tidaknya menaikkan mood jurugambar supaya dapat menghasilkan foto yang bagus. kalau kita patah balik 10 tahun dahulu, DJ sebenarnya menggantikan KUGIRAN.

fotografi perkahwinan juga turut mengalami perubahan dalam tempoh 10 tahun ini. siapa tau gambar-gambar sekerat-sekerat.. gambar terpotong kepala.. gambar tangan dapat diterima masyarakat. pakcik saya sangat marah kalau snap gambar sekerat macam ni. Rugi kodak katanya. kalau nak shoot gambar, semua kena bagi nampak. Dari hujung kaki sampai ke kepala. Itu senario yang berlaku 10 tahun dahulu, sekarang mayarakat sudah bijak menghargai seni. mereka tahu setiap gambar-gambar detail cukup memberi serbu makna biarpun terpotong kaki dan kepala.

Banyak lagi yang boleh dihuraikan, revolusi album gambar, pelamin… apa yang akan berlaku 10 tahun lagi, sama – sama kita bayangkan.

Hold the line and stay with me because one day I will leave an impression till you say just by “looking at these photos, it is as though watching a romantic movie”. Call 013-429 0077 to book for your big day

 

putrafoto.com |

124729147561143.2566.1099198335 Wedding clip FAZDLY & AZURA

“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved

(Visited 4 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>