Azri + Nawal

Azri & Nawal
Alor setar, kedah
1.1.11

DSC_0246 Azri + Nawal

RDSC_0303 Azri + Nawal

ODSC_0184-200 Azri + Nawal

DSC_0219 Azri + Nawal

DSC_0209 Azri + Nawal

Saya ingin berkongsi sebuah kisah yang pernah disampaikan dari seorang tokei kedai gambar kepada saya. Uncle ni memang sudah lama dalam dunia fotografi ini. Frankly speaking he is my sifoo, my idole dan sumber rujukan saya. Sejak zaman filem hingga zaman memory card sekarang ini. Sudah beribu-ribu pelanggan dia pernah berurusan, sejak zaman mahathir hingga ke zaman najib segala peristiwa sempat beliau rakamkan. Tidak kira cina, melayu India semua bangsa pernah berurusan dengan beliau. Tapi dalam banyak pelanggannya, mungkin satu peristiwa ini tidak mungkin pernah dapat beliau lupakan sepanjang tugasnya menjadi seorang professional photographer.

Kisahnya seorang wanita pernah menemuinya untuk mendapat khidmat fotografi untuk sebuah majlis perkahwinan bagi diri wanita itu dan bakal suaminya.. Tidak dinafikan kebanyakan pelanggan fotografi perkahwinan terdiri dari wanita malah putrafoto sendiri pun hampir 90% pelanggannya terdiri dari wanita. Selalunya pelanggan akan membuat tempahan terlebih awal sebulan dua sebelum majlis berlangsung. Ini perlu kerana seorang jurufoto hanya mampu berkhidmat pada sebuah majlis sahaja pada satu-satu masa. Kalau ada yang ambil 2 tempat pada hari yang sama, itu tamak namanya.

Lebih kurang dua minggu sebelum majlis, uncle ini mendapat perkhabaran bahawa wanita ini jatuh keadaan sakit. Kali ini dia tidak mampu berdiri dan hanya mampu untuk berada di atas katil sahaja. Apa lagi yang si bakal pengantin ini mampu lakukan dalam keadaan ini?? Mahu batalkan majlis perkahwinan?? Dari selatan hingga ke utara semua jemputan telah dibuat, maka semua persiapan yang telah dirancang terpaksa direncanakan walauapa pun keadaannya. Pada hari seterusnya uncle ini melakukan tanggujawabnya sebagaimana jurugambar professional yang lain. This uncle told me that.. pity oh her lah.. don’t know how to explain. Pada hari majlis perkahwinannya si pengantin perempuan hanya terbaring di bilik. Itulah keaadaan pengantin perempuan itu. Jemputan ada yang datang dari jauh, bukan untuk meraikan perkahwinan tetapi untuk menziarah orang sakit serta mendoakan kesihatannya. I don’t know how to imagine that situation, are you??

Saya cuba meletakkan diri saya sebagai jurugambarnya ketika itu, kalau saya yang jadi jurugambar pada masa itu, mati kutu saya dibuatnya. Macam mana nak cukupkan paling minima 200 shoot muka pengantin. How to turn gloomy to the smile. Macam mana nak cari gambar-gambar photojounalis, candid, dramatic moment, temporary stail, art photo (my favorite).. susah bukan. Uncle ni cakap, dia Cuma snap apa yang termampu sahaja.

Habis proses shooting, tak habis disitu kini proses suntingan pula. Saya tak tau apa yang uncle ni nak edit dengan gambar ini. Dalam putrafoto, kami mengambil masa paling lewat 2 minggu untuk selesaikan kesemua tugas. Bermula dari proses tangkap gambar, editing, printing dan akhir sekali memasukkan kesemua foto kedalam album. Untuk masukkan berkeping-keping foto ini juga mengambil masa paling singkat 1 jam!

Akhirnya album siap dalam tempoh yang telah dijanjikan. Sama juga prosesnya sebelum dihantar ke pelanggan, foto tersebut perlu melalui proses suntingan, cetakan, dan sticky. Uncle itu pergi sendiri kerumah pengantin wanita terbabit untuk menghantar album majlis perkahwinan pasangan ini. Apa yang uncle itu ceritakan pada saya, kali ini uncle tidak sempat menyerahkan hasil album pasangan ini dan hari perkahwinan itu rupa-rupanya adalah kali terakhir uncle berurusan dengannya. Pelanggannya meninggal dunia akibat KANSER! Dia pergi selama-lamanya tanpa sempat melihat hasil kerja seorang jurugambar.

Al-fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat

Be faithful in small things because it is in them that your strength lies.

Mother Teresa

cut2 Azri + Nawal

“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 21F4626F / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved

(Visited 3 times, 1 visits today)

One thought on “Azri + Nawal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>