Ramalan beargentina
pelik?? macam mana teddy bear ni boleh berteggek atas gitar amp ni. Mungkin ini tanda-tanda Argentina nak menang antara pertarungan dengan Jerman sabtu ini. Tetapi ada seekor sotong kurita bernama paul meramalkan Argentina akan kalah ditangan Jerman dan berita tentang ramalan itu sedang masyhur di seluruh dunia sekarang. Cara Paul membuat ramalan adalah berdasarkan Kotak jernih yang dilekat dengan bendera negara yang akan bertarung. Paul akan masuk ke kotak dan berdasar kotak yang dimasuki, maka itu adalah bakal pemenang. Itu kisah di paul, seekor sotong kurita yang berasal dari Jerman. kemungkinan juga paul pura-pura meramalkan Jerman akan menang. Nak kena ngap la kata Argentina menang!
Saya pula mempunyai seekor Bearargentina yang tidak kurang hebat juga ramalannya. tiba-tiba dia bertenggek dengan begitu kiut sekali dibelakang gitar Amp saya. Lepas ini kalau Argentina berjaya mengalahkan Jerman, katanya dia mahu bertenggek atas gitar pula..
Just wait for the action


