Faiz & Liza

By
Posted By: shahrilmajid
, May 25, 2010 6:13 am

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Majlis Pernikaahan Faiz & Liza
Lokasi : Majlid Kulim
Tarikh :15.5.10

Saya berpendapat bahawa mencari kecantikan lebih penting untuk ditonjolkan dalam satu-satu hasil kerja fotografi yang bersifat komersial. “Cantiknya..” ” so sweet lah budak ni..” “Cun la” “anak sapa tatau” itulah perkataan-perkataan yang sering saya harapkan daripada pelanggan kami ketika menatap gambar-gambar mereka. Percayalah jika saya katakan bahawa selagi sesuatu makhluk itu bergelar manusia, ia akan lebih cantik jika dilihat dari satu sudut pandangan yang terbaik. sudut pandangan yang terbaik itu kita terpaksa cari dan cari dan terus mencari..melalui latihan dan pengalaman. Hanya jurufoto berpengalaman sahaja yang bijak mencari sudut tersebut.

Pernahkan anda mendengar cerita tiga orang buta pergi ke zoo bagi mengetahi rupa bentuk gajah. Orang buta pertama memegang ekor gajah dan berkata, “gajah itu seperti seekor ular.” Orang buta kedua memegang telinga gajah itu dan berkata, “Oh gajah itu seperti seekor pari.” Orang buta ketiga memegang kakinya dan berkata “Gajah ini seperti sebanatang pokok kelapa,” Kita melihat sesuatu perkara seperti kaca mata kita. Ia pastinya berbeza daripada orang lain, Itulah persepsi kita. Ia pastinya berbeza daripada pandangan orang lain, begitu juga halnya dalam menilai sesuatu kecantikan.

one day I will leave an impression till you say “just by looking at these photos, it is as though watching a romantic movie”.

“No one knows what they can do until they try.”
- Les Brown -

“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Mobile : 013-429 0077
Twitter : http://twitter.com/putrafoto
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
blog : www.shahrilmajid.com/blog
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 2150F589
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved.

Share

Limited edition dari putrafoto, hanya 40 helai sahaja didunia ini..

By
Posted By: shahrilmajid
, May 17, 2010 12:58 am

Photobucket

Limited edition dari putrafoto,  hanya 40 helai sahaja didunia ini.. Lebey kurang macam kete ferrari & Jam TAGheuer Grand CARRERA Calibre 17 la jugak. Just RM28 termasuk pos ( Ringgit Malaysia ) or 18USD ( Brunei, s’pore, Indonesia )

Jika anda cari ‘peach colour’ melalui google, anda akan dapati bahawa banyak rekaan tekstil fashion bollywood dan saree disitu. Maknanya apa, maknanya warna peach adalah rahsia bagi pereka fashion menonjolkan model mereka agar kelihatan cantik & menawan. Kini, kami bongkar rahsia ini agar semua gurl dimalaysia dapat kelihatan cantik. ayu dan menawan macam kereena kapoor=) sebagai jurufoto, kami amat priharin soal gaya dan fashion kerana kami yakin bahawa semua orang mahu kelihatan HEBAT.

Harus kita ingat bahawa setiap warna ada auranya sekali. Dari segi sains pula, warna peach melambangkan kebijaksanaan, penghargaan ataupun pengertian. warna peach sebenarnya ialah gabungan daripada warna oren dan pink yang melambangkan kedua-dua element iaitu romantik dan penghargaan..yang mana romantik ini selalu menjadi tema dalam setiap gambar-gambar di putrafoto. Ini adalah warna yang tepat bagi menggambarkan cinta anda dan menghargai sesebuah cinta.

“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Mobile : 013-429 0077
Twitter : http://twitter.com/putrafoto
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
blog : www.shahrilmajid.com/blog
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 2150F589
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved.

Share

Hari ini 16 Mei, Selamat Hari Guru..

By
Posted By: shahrilmajid
, May 16, 2010 2:14 am

Photobucket

Kadang-kala guru diistilahkan sebagai cikgu, Ustaz, Tuan Guru dan sebagainya. walauapapun kaedah panggilannya yang digunapakai, maksudnya tetap sama iaitu merujuk kepada seseorang yang tinggi darjat ilmunya dengan mendidik anak bangsa. Tanpa guru, saya sendiri tidak mampu mengarang sebegini sebagai seorang bloggest.

Sebenarnya hampir separuh bekas klient-klient putrafoto terdiri dari mereka yang bekerja sebagai pendidik atau guru. Maka tidak salah kiranya saya mengabadikan ruang entry 16 Mei ini untuk semua guru-guru di Malaysia. Sekurang-kurangnya saya rasa bertuah kerana kini saya dapat mengajar guru-guru ini bagaimana untuk tampil dihadapan kamera. Saya kira mereka kurang arif disitu, tetapi mereka tetap hebat dalam mendidik anak bangsa.

Secara peribadi, saya mengambil peluang yang ada ini untuk mengucapkan selamat hari guru buat seluruh guru-guru di Malaysia. Ucapan paling eklusif ditujukan kepada guru-guru SMTSP2 sesi 97 / 98. Tanpa guru-guru ini, shahrilmajid tak tahu apa itu hokum ohm dan sebagainya,

Kata orang, guru itu ibarat lilin menerangi seluruh alam maya hingga terbakar dirinya sendiri. Marilah kita memberi sepenuh penghargaan kepada guru masing-masing kerana tanpa berkat ilmunya anda tidak mampu membaca tulisan saya ini.

“Di masa kebangunan, maka sebenarnya tiap-tiap orang harus menjadi pemimpin, menjadi guru”Ir Sukarno

“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Mobile : 013-429 0077
Twitter : http://twitter.com/putrafoto
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
blog : www.shahrilmajid.com/blog
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 2150F589
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved.

Share

Panorama Theme by Themocracy

WordPress SEO fine-tune by Meta SEO Pack from Poradnik Webmastera
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline