shoot of the month

By
Posted By: shahrilmajid
, April 2, 2010 5:03 pm

Photobucket

Focal Length : 38mm
F-Number : F/5
Exposure : 1/4 sec.
ISO Speed : ISO 200

waktu lahirnya, dia menangis dan orang di sekelilingnya tersenyum. kemudian dia bukan sahaja berjaya buat kita tersenyum malah lebih dari itu hingga kita lupa segala masalah. tapi kini waktu dia meninggal, dia tersenyum dan orang-orang di sekelilingnya menangis, semoga rohnya dicucuri rahmat ~ special dedicate to aruah abg Din ( Al-Fatihah )

**Arwah abang din (din beramboi)  selamat dikebumikan hari ini dan kehilangannya amat dirasai oleh mereka -mereka yang membesar dengan celotehnya termasuk juga saya. Teringat waktu sekolah dahulu, sanggup kunci jam untuk bangun pukul 2 pagi semata-mata untuk mendengar coleteh si ‘shasha’ watak din beramboi ketika itu di THR. waktu tu cuma ada keset rekorder dah habis semua keset kepunyaan ayah saya overwrite kan. ada ketikanya saya cuma bangun untuk rakamkan celoteh beliau (sebab perlu ke sekolah keesokannya) sahaja dan dengarkannya keesokan paginya.

kemudian masa terus berlalu, zaman sekolah pun telah lama saya lupakan dan pemain keset tidak lagi digunakan sekarang dan kalau ada pun ia tidak mampu menandingi kehebatan Radio CD player yang ada sekarang.  biarlah semahal mana pemain radio moden itui kini saya mampu memilikinya. Dari pendengar setia stesen radio berbahasa inggeris kini saya beralih ke siaran radio ERA semata-mata kerana beliau.  Dalam hujung minggu yang padat dengan jadual penggambaran saya mencuri masa untuk melihat siaran rakaman ASTRO RAJA LAWAK atau setidak-tidaknya memuat turun dari laman web youtube.

Melalui radio CD player radio itu jugalah saya mendengar celoteh beliau waktu memandu ke pejabat hingga hampir lupa segala masalah didunia ini.  bermula esok, pagi-pagi selepas ini tidak lagi riuh sebelumnya.  kini, hanya saya sahaja yang tahu apa nasib radio CD player itu sekarang.  life is too shot my friend ..

Memory may fade, but pictures last forever

Share

Leave a Reply

Panorama Theme by Themocracy

WordPress SEO fine-tune by Meta SEO Pack from Poradnik Webmastera
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline