Menilai harga sebuah pakej fotografi

By shahrilmajid, January 25, 2010 2:34 am

Photobucket

Mamak..kasi kira, Nikon D300 satu, Tammy 18-50mm 2.8, Nikkor 70-200mm 2.8, Sigma 11-16mm, Tripod, Tamron 70-200mm 2.8, teh ais ni wa minum separuh so harga pun kira separuh tau. semua masuk buku eyy.. chowww..

 

Dipetik secara bebas

Artikel Oleh: Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.

Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:

1) Kos Peralatan Kamera
Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 15,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.

2) Kemahiran Jurugambar
Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.

3) Masa Perkhidmatan
Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.

4) Perkhidmatan Selepas Rakaman
Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.

5) Kos material
Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan.

Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.

  • Share/Bookmark

Majlis Pernikahan Wan & Burhan

By shahrilmajid, January 24, 2010 3:25 am

Majlis Pernikahan Wan & Burhan
16 January 2010
Sungai Petani, Kedah.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

I can never be rude to people who want photographs and autographs, but I don`t like to be followed and stared at constantly.”.- Rani Mukherjee

“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Member of Utaraclick.com
http://www.putrafoto.com
add us on facebook http://www.facebook.com/putrafoto
http://shahrilmajid.fotopages.com
Voice : 013-4290077
Ym : King_qalha@yahoo.com

  • Share/Bookmark

Majlis Pertunangan Mohd Paress & Nurul liza

By shahrilmajid, January 19, 2010 1:00 pm

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Majlis Pertunangan Mohd faress & Nurul liza
Bayan Lepas, Pulau pinang

“Khitbah” (Bahasa Arab) / “bertunang” (Bahasa melayu) adalah muqaddimah atau permulaan kepada nikah atau kahwin (Bahasa Melayu). “Khitbah” (bahasa Arab) bererti “bertunang”(bahasa Melayu). “Tafsiran” lafaz atau perkataan “bertunang” ini berbeza mengikut tempat, kawasan, adat dan suasana masyarakat masing-masing. Berbeza di antara negara Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia. Dan kemungkinan berbeza juga di antara beberapa tempat, adat, suasana serta kawasan-kawasan di dalam negara masing-masing.

Apapun yang berlaku, dalam mana-mana tugasan yang pernah saya laksanakan, majlis pertunangan akan berada di suasana kemuncak iaitu upacara menyarung cincin. Bagi putrafoto, kami meyediakan package khas untuk majlis seperti ini. Apa yang pasti pakej ini lebih MURAH dari pekej perkahwinan.

Jangan curang ya. Hold the line and stay with me, call 013-429 0077 to book for your big day

“Don’t cry because it’s over, smile because it happened.”
— Dr. Seuss

“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Member of Utaraclick.com
http://www.putrafoto.com
add us on facebook http://www.facebook.com/putrafoto
http://shahrilmajid.com

Voice : 013-4290077
Ym : King_qalha@yahoo.com

  • Share/Bookmark

Memory may fade, but pictures last forever

By shahrilmajid, January 17, 2010 11:50 am

Photobucket

  • Share/Bookmark

Album perkahwinan yang bakal membuatkan anda tak sabar nak kawen

By shahrilmajid, January 15, 2010 10:33 am

Album perkahwinan yang bakal membuatkan anda tak sabaq, tergedik-gedk dan terketaq-ketaq nak kawen

Baru-baru ini website ini cuba di ‘Hack’ atau dicerobah. Sebenarnya, apa yang berada dalam website ini lebih berharga nilainya dari wang ringgit kerana disini tersimpan segala kenangan terindah klient-klient putrafoto. password saya cuba dihack dan saya tidak dapat mengakses laman ini buat beberapa ketika. Sebenarnya ini bukan kali pertama laman yang saya kendalikan di hack seperti ini. shahmajid.blogspot juga menerima nasib yang sama dan akhirnya terkubur begitu sahaja.

Apa yang berlaku sebenarnya mengajar saya supaya lebih bijak menggunakan waktu yang terluang untuk mempelajari selok-belok dunia IT.

Tokoh Barat, Brown pernah menyatakan bahawa perbezaan antara orang yang berjaya dan orang gagal terletak pada penggunaan waktunya yang terluang. Demikian kepentingan menggunakan masa yang terluang dengan kaedah yang sempurna. Malah tokoh falsafah Yunani dulu pernah berkata: “Kita tidak saja perlu bekerja dengan baik, tetapi juga perlu menggunakan waktu lapang dengan baik.”

Special thank to Mr Khuzaimi dan bekas-bekas student saya kerana kini mereka lebih bijak dari saya dalam menangani masalah seperti ini (Hackers).  I’m always looking to gain perspective and learn more about the world. Recently, my yahoo messengers is online 24 hour ( i never appear as offline to someone, tipu itu kan dosa ) because i really appreciate my friend. I lovenew  experience  and meet interesting people. Cuba elakkan sifat kerek, sombong & riak sesama kita dan InsayaAllah anda akan dihargai =)

Do ‘buzz’ and stay with me. call 013-429 0077 to to book  for your big day

“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Member of Utaraclick.com
http://www.putrafoto.com
add us on facebook http://www.facebook.com/putrafoto
http://shahrilmajid.com
Voice : 013-4290077
Ym : King_qalha@yahoo.com

  • Share/Bookmark

Aznizam & Norolhida

By shahrilmajid, January 14, 2010 12:12 pm

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Jangan curang ya. Hold the line and stay with me, call 013-429 0077 to book for your big day

“sebaik2 manusia ialah org yg lambat marahnya dan segera reda bila sudah marah.dan sejahat2 manusia ialah org yg lekas marah dan lambat pula redanya marahnya itu” – Rasulullah

“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Member of Utaraclick.com

http://www.putrafoto.com

add us on facebook http://www.facebook.com/putrafoto

http://shahrilmajid.com

Voice : 013-4290077
Ym : King_qalha@yahoo.com

  • Share/Bookmark

Limited edition from putrafoto

By shahrilmajid, January 6, 2010 11:38 am

Photobucket
Limited edition from putrafoto. Just RM28 ( Ringgit Malaysia ) or 7USD ( Brunei, s’pore, Indonesia ). For Ladies, hurry up while stock last.

Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa diwaktu malam, apa kata anda mencuba baju ini. Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik…

Photobucket
Kualiti kain cutton.

“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Member of Utaraclick.com

http://www.putrafoto.com

http://shahrilmajid.com

Voice : 013-4290077
Ym : King_qalha@yahoo.com

  • Share/Bookmark

Picture of the month – January

By shahrilmajid, January 2, 2010 1:23 pm

Photobucket

Model : Acha Sepriasa
Shutter speed : 1/125s
Lens Aperture : F/5.6
Focal Lenght : 46mm
ISO Speed 200

Mulai tahun 2010,  Picture of the month  akan menerbitkan koleksi foto-foto terbaik yang pernah dihasilkan . foto ini mungkin berbeza dari konsep apa yang dihidangkan selama ini  tetapi apa yang penting ialah hanya  ingin berkongsi nikmat dan keindahan dunia photography.

  • Share/Bookmark

Panorama Theme by Themocracy


SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline