syarul & Farahana

By shahrilmajid, December 21, 2009 3:37 am

Syarul & Farahana
Langgar Alor Setar
12.12.2009

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Tingaal hanya sedikit sahaja sisa waktu untuk ke hujung tahun 2009, dan tahun 2010 akan mengambil tempat. “The life is too short” hanya tajuk lagu scorpions tetapi sepanjang saya berada dalam bidang fotografi ini realitinya tetap benar bagi tajuk lagu itu. Dari satu aspek, perubahan waktu ini sebenarnya membantu putrafoto untuk semakin dewasa dalam menghasilkan imej-imej yang jujur.

Dalam keadaan kesuntukan masa ( saya benci menggunakan perkataan sibuk, kerana sibuk menjarakkan hubungan saya dengan yang lain, jadi mungkin istilah ini lebih sesuai) ini saya mahu berkongsi sebuah rencana yang saya jumpa baru sebentar tadi.

Tulisan dari dari Zainal Buang Hussein.Majalah Fantasi Januari 1990

Mencari makan dengan melukis bukan mudah.Untuk menyiapkan sekeping lukisan pun kadang-kadang memakan masa yang teramat lama.Apa lagi kalau yang dimahukan itu hasil karya yang betul-betul terbaik. Karya yang boleh membuat orang terbeliak biji mata melihatnya.Apa pun kerja di dunia ini yang paling sukar ialah peringkat permulaan.Waktu itu,masa mula pegang berus,masa baru kenal macam-macam jenis kertas,hidup cukuplah seksa.Mahu jual satu lukisan sebulan macam nak jual sebiji Roll Rocye.Naik pijau biji mata,belum tentu ada penerbit dan agensi yang mahu membelinya.Seorang teman menceritakan bagaimana kecutnya dia bila dikejar anjing macam serigala ketika menjual lukisan dari rumah ke rumah. Rasa serik semacam.Mahu rasanya dia tak melukis seumur hidup.Apa lagi masa itu duit tambang bas pun tak ada.Hidup pun dengan minum air paip saja.Kesempitan hidup di peringkat permulaan ini ada faktor penyebabnya.Pertama,Kita sendiri tidak cekap melukis.Kedua kita tiada nama dan bukti keunggulan hasil karya kita.Ketiga ,orang belum percaya pada kebolehan kita.Keempat,kita belum ada harga dalam dunia perniagaan kita.Namun begitu,janganlah anda berputus asa andainya wajah penyanyi pop jelita yang anda lukis menyerupai wajah beruk.Asah bakat anda tajam-tajam.Perasap segala berus,kanvas,cat minyak dan segala jenis pewarna.Berfikir cara artis,tidur cara artis,berkarya cara artis.Jadikan diri anda seniman tulen yang penuh disiplin.Melukis dua puluh empat jam untuk selama sepuluh tahun.Lepas itu segala-galanya mudah.


Kalau ada rezekilah.Kalau tak ada ,kira konyol. Bila ada nama.anda ada segalanya.satu calit berus orang bayar seribu.Beribu calit berus orang bayar beratus ribu.Kan kerja senang tu?Kerja menconteng pun orang orang sanggup bayar upah.Lumayan pula tuJadi di sini kesimpulannya.Kita bukan jual lukisan kita,tetapi kita jual diri kita,kemahiran kita,idea kita dan pengalaman kita.Termasuk nama besar kita.Itulah yang berharga dan dihargai.Kalau sepuluh tahun lalu hasil karya anda tak laku dijual walaupun lima ringgit,kini setakat sepuluh dua puluh ribu orang pejam mata saja membayarnya.Mahu jadi pelukis yang berjaya seperti juga mahu menjadi apa yang anda idamkan.Berkorbanlah dan berusahalah dengan gigih.Ranjau dan onak perlu dirasa agar anda jadi manusia pelukis yang dikagumi,dihormati dan dihargai.

Selamat melukis dan selamat menjual diri.
Apakah kaitan rencana diatas dengan diri saya ?? saya jadikan Rencana diatas sebagai sumber inspirasi dan azam saya dalam bidang photography dalamtahun baru ini. Dari seorang pelukis potret,  ke portraiture photography, It’s me.. shahrilmajid

Jangan curang ya. Hold the line and stay with me, call 013-429 0077 to book for your big day

“My life is 90% work and 10% to play : I love my craft so much that I don’t look forward to much else” – shahrilmajid

“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Member of Utaraclick.com

http://www.putrafoto.com

add us on facebook http://www.facebook.com/putrafoto

http://shahrilmajid.com

Voice : 013-4290077
Ym : King_qalha@yahoo.com

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Panorama Theme by Themocracy


SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline