Wedding Custom Album 2010

By
Posted By: shahrilmajid
, December 26, 2009 10:22 am

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Atas permintaan ramai, putrafoto paparkan sedikit bentuk custom design yang mana ianya bakal mewarnai majlis perkahwinan anda bagi tahun 2010. Masa amat berharga untuk dibazirkan, kini anda dapat menatap custom album kami disini. Untuk makluman,  custom album kami terdapat dalam 2 bentuk saiz iaitu 8×10′ dan 10’12 serta dicetak diatas 22 muka surat kertas berkualiti tinggi. Custom album kami juga didatangkan khas dengan beg istimewa kerana disini kami memahami kerana majlis perkahwinan anda terlalu istimewa.

Kulit album dicetak terus diatas kayu menjadikannya terlalu exklusif bagi majlis perkahwinan anda. Tempahan untuk pakej custom album dibuka sekarang. Tunggu apa lagi.!

Jangan curang ya. Hold the line and stay with me, call 013-429 0077 to book for your big day

“Beauty is in the eye of the beholder and it may be necessary from time to time to give a stupid or misinformed beholder a black eye.”
— Miss Piggy

“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Member of Utaraclick.com

http://www.putrafoto.com

add us on facebook http://www.facebook.com/putrafoto

http://shahrilmajid.com

Voice : 013-4290077
Ym : King_qalha@yahoo.com

Share

Firdaus & Rofaezah

By
Posted By: shahrilmajid
, December 23, 2009 2:30 am

Firdaus & Rofaezah
19 Disember 2009
Trong, Perak Darul Ridzuan

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Majlis Perkahwinan Firdaus & Rofaezah merupakan majlis perkahwinan terakhir atas nama putrafoto bagi tahun 2009. Ada sesetengah di kawasan perak, acara jamuan makan disana berakhir agak awal dari biasa. Untuk makluman, anda mungkin tidak dapat mengesan dimana lokasi ‘trong’ dalam GPS, kerana GARMIN hanya mengesan terong. Begitu juga halnya dengan CHARUK, setelah beberapa keyword CAROK, CHARUK, CHAROK dicuba baru saya dapat mengenal pasni dimana arah lokasi klient saya. So our client semua jangan risau, dimana sahaja pun lokasi anda kami akan tetap sampai.

Bermula 13 Novrember 2009, putrafoto tidak henti-henti bekerja mengambil gambar setiap minggu. Ada masanya kami merasakan ‘the life is too short kerana mengejar dateline’. Oleh sebab itu, saya biarkan hanya foto-foto disini yang bercerita.

Thank god, cuaca amat baik hati pada majlis mereka dari awal ketibaan pengantin lelaki hingga ke sesi outdoor. Banyak orang mempersoalkan dimana hebatnya seseorang photographer?? Di kameranya kah, atau disebalik huruf ‘P’ nya kah ( Macam citer p Ramlee daa..)

Kebelakangan ini saya menerima banyak soalan seperti ini tidak kira dari mereka yang gemar bergambar atau mereka saya ingin mengambil gambar. Bagi saya, kehebatan seseorang photographer bukanlah bergantung kepada kameranya semata-mata. Apa yang penting ialah bagaimana mereka ini memanipulasikan daya igiminasi dan kreativiti masing-masing. Sehingga saat ini pun, ada di antara mereka menggunakan kamera ‘cap ayam’ kerana apa yang penting ialah bagaimana kita menggunakan otak kanan dan mengolah gambar-gambar tersebut.

We are the man behind camera, biarlah semahal mana sekali pun, tanpa mereka yang mahir menggunakannya hanya merupakan aksesori semata-mata.

Jangan curang ya. Hold the line and stay with me, call 013-429 0077 to book for your big day

“Never put off until tomorrow what you can do the day after tomorrow.”
— Mark Twain

“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Member of Utaraclick.com

http://www.putrafoto.com

add us on facebook http://www.facebook.com/putrafoto

http://shahrilmajid.com

Voice : 013-4290077
Ym : King_qalha@yahoo.com

Share

syarul & Farahana

By
Posted By: shahrilmajid
, December 21, 2009 3:37 am

Syarul & Farahana
Langgar Alor Setar
12.12.2009

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Tingaal hanya sedikit sahaja sisa waktu untuk ke hujung tahun 2009, dan tahun 2010 akan mengambil tempat. “The life is too short” hanya tajuk lagu scorpions tetapi sepanjang saya berada dalam bidang fotografi ini realitinya tetap benar bagi tajuk lagu itu. Dari satu aspek, perubahan waktu ini sebenarnya membantu putrafoto untuk semakin dewasa dalam menghasilkan imej-imej yang jujur.

Dalam keadaan kesuntukan masa ( saya benci menggunakan perkataan sibuk, kerana sibuk menjarakkan hubungan saya dengan yang lain, jadi mungkin istilah ini lebih sesuai) ini saya mahu berkongsi sebuah rencana yang saya jumpa baru sebentar tadi.

Tulisan dari dari Zainal Buang Hussein.Majalah Fantasi Januari 1990

Mencari makan dengan melukis bukan mudah.Untuk menyiapkan sekeping lukisan pun kadang-kadang memakan masa yang teramat lama.Apa lagi kalau yang dimahukan itu hasil karya yang betul-betul terbaik. Karya yang boleh membuat orang terbeliak biji mata melihatnya.Apa pun kerja di dunia ini yang paling sukar ialah peringkat permulaan.Waktu itu,masa mula pegang berus,masa baru kenal macam-macam jenis kertas,hidup cukuplah seksa.Mahu jual satu lukisan sebulan macam nak jual sebiji Roll Rocye.Naik pijau biji mata,belum tentu ada penerbit dan agensi yang mahu membelinya.Seorang teman menceritakan bagaimana kecutnya dia bila dikejar anjing macam serigala ketika menjual lukisan dari rumah ke rumah. Rasa serik semacam.Mahu rasanya dia tak melukis seumur hidup.Apa lagi masa itu duit tambang bas pun tak ada.Hidup pun dengan minum air paip saja.Kesempitan hidup di peringkat permulaan ini ada faktor penyebabnya.Pertama,Kita sendiri tidak cekap melukis.Kedua kita tiada nama dan bukti keunggulan hasil karya kita.Ketiga ,orang belum percaya pada kebolehan kita.Keempat,kita belum ada harga dalam dunia perniagaan kita.Namun begitu,janganlah anda berputus asa andainya wajah penyanyi pop jelita yang anda lukis menyerupai wajah beruk.Asah bakat anda tajam-tajam.Perasap segala berus,kanvas,cat minyak dan segala jenis pewarna.Berfikir cara artis,tidur cara artis,berkarya cara artis.Jadikan diri anda seniman tulen yang penuh disiplin.Melukis dua puluh empat jam untuk selama sepuluh tahun.Lepas itu segala-galanya mudah.


Kalau ada rezekilah.Kalau tak ada ,kira konyol. Bila ada nama.anda ada segalanya.satu calit berus orang bayar seribu.Beribu calit berus orang bayar beratus ribu.Kan kerja senang tu?Kerja menconteng pun orang orang sanggup bayar upah.Lumayan pula tuJadi di sini kesimpulannya.Kita bukan jual lukisan kita,tetapi kita jual diri kita,kemahiran kita,idea kita dan pengalaman kita.Termasuk nama besar kita.Itulah yang berharga dan dihargai.Kalau sepuluh tahun lalu hasil karya anda tak laku dijual walaupun lima ringgit,kini setakat sepuluh dua puluh ribu orang pejam mata saja membayarnya.Mahu jadi pelukis yang berjaya seperti juga mahu menjadi apa yang anda idamkan.Berkorbanlah dan berusahalah dengan gigih.Ranjau dan onak perlu dirasa agar anda jadi manusia pelukis yang dikagumi,dihormati dan dihargai.

Selamat melukis dan selamat menjual diri.
Apakah kaitan rencana diatas dengan diri saya ?? saya jadikan Rencana diatas sebagai sumber inspirasi dan azam saya dalam bidang photography dalamtahun baru ini. Dari seorang pelukis potret,  ke portraiture photography, It’s me.. shahrilmajid

Jangan curang ya. Hold the line and stay with me, call 013-429 0077 to book for your big day

“My life is 90% work and 10% to play : I love my craft so much that I don’t look forward to much else” – shahrilmajid

“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Member of Utaraclick.com

http://www.putrafoto.com

add us on facebook http://www.facebook.com/putrafoto

http://shahrilmajid.com

Voice : 013-4290077
Ym : King_qalha@yahoo.com

Share

Panorama Theme by Themocracy

WordPress SEO fine-tune by Meta SEO Pack from Poradnik Webmastera
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline