My client wedding masuk surat khabar..

By
Posted By: shahrilmajid
, October 13, 2009 12:25 pm

Photobucket

Pengantin berarak guna skuter

Gurun : seorang kakitangan Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ) memilih untuk berarak menggunakan skuter berkuasa tinggi dari Kelab Motosikal SYM Malaysia (SMBC) begi memeriahkan perkahwinannya dengan seorang kakitangan awam Markas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Mohammad Qhairi Mohd Sufian, 25, dan pasangannya Khairul Faizah Abdul Rahman, 25 masing-masing bertugas di JPJ Wangsa Maju dan TUDM Sungai Besi, Kuala Lumpur diiringi 40 skuter berkuasa tinggi bagi mengabdikan detik indah persandingan mereka.

Terdahulu, mereka yang menaiki kereta diiringi skuter berkenaan dari rumah pengantin perempuan di Jeniang, Sik dan sebaik tiba disini, pengantin itu yang berbaju sedondon menunggang skuter sejauh dua kilometer untuk ke ibu bapa Mohammad Qhairi.

Mohammad Qhairi yang ditemui berkata, dia berterima kasih kepada bapanya Mohd Sofian Ishak, 52, yang juga ahli SMBC kerana mencadangkan mereka diarak dengan diiringi sekuter berkuasa tinggi itu.

“ Alhamdulillah idea ini bukan saja mendapat sokongan isteri saya, malah ahli SMBC bersetuju menjadi pengiring majlis perkahwinan kami berdua,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi SMBC, Mohd Salleh Abd Rahman berkata, program seumpama itu merapatkan hubungan sesame ahli kelab berkenaan yang mencecah 100 orang daripada pelbagai kaum.

Katanya, kelab itu diwujudkan sejak sembilan bulan lalu dan dianggotai ahli dari seluruh negara, termasuk Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Terengganu.

Dipetik dari BERITA HARIAN 13 oct 2009

saya menerima email dari pengunjung dari laman web ini  tadi yang musykil samaada  pengantin yang dimaksudkan dalam surat khabar berita harian, hari  ini adalah pengantin didalam entry yang telah saya terbitkan tadi. “Yes, it’s true” pasangan tersebut ialah Qhairi & Eyza. Sebagai jurugambar rasmi majlis perkahwinan mereka, saya juga turut merasa kemeriahan suasana hari bersejarah mereka. Tiada apa yang lebih bermakna dari melihat setiap detik yang telah kami rakamkan ditatap dengan penuh senyuman.

Jangan curang ya. Hold the line and stay with me, call 013-429 0077 to book for your big day

Share

Qhairi & Eyza

By
Posted By: shahrilmajid
, October 13, 2009 7:04 am

Qhairi & Eyza
Gurun & jeniang
10 Oktober 2009

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Dunia berubah begitu pantas. Apa yang kita dapat lihat sekarang mungkin tidak dapat dilihat lagi pada masa akan datang, maka Ia lebih bermakna jika dapat dirakamkan.Begitulah kata-kata Steve McCurry, jurugambar antarabangsa yang menjadi ikon untuk majalah National Geographic dalam satu wawancara bersama wartawan ketika berada di negara ini tidak lama dahulu.

Bagi bakal pengantin, ini adalah masa yang sesuai untuk memahami nilai gambar bagi majlis perkahwinan anda nanti. “Memory may fade but pictures last forever”, dalam otak kepala kita Allah cipta begitu hebat kerana ia mampu menyimpan ingatan dan kenangan. Akan tetapi bagaimana pula jika ingatan anda samara-samar terhadap sesorang atau peristiwa?? Gambar adalah satu bukti yang mampu memceritakan kejadian atau pun sesuatu majlis. Janganlah anda berkira untuk menggunakan khidmat jurugambar professional dari putrafoto kerana bagi kami nilai ‘peristiwa’ yang anda hasilkan lebih berharga dari segalanya.
Adakalanya melalui gambar saja sudah cukup untuk memberitahu peristiwa dan kejadian yang berlaku pada ketika itu tanpa perlu diungkapkan dengan tulisan. Di putrafoto, kami akan memastikan bahawa gambar anda adalalah lebih mermakna dari segala-galanya. Oleh kerana itu, sesuatu karya yang kami hasilkan perlu melalui sentuhan ‘editing seni grafik’ dan sentuhan dari mereka yang berpengalaman adalah penting.

Jangan curang ya. Hold the line and stay with me, call 013-429 0077 to book for your big day

**selagi saiz masih ada

“Someone said that God gave us memories so that we might have roses in December.”
-J M Barrie

“Memories may fade but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor

http://www.putrafoto.com

http://www.facebook.com/putrafoto

Member of Utaraclick.com
Voice : 013-429 0077
Ym: King_qalha@yahoo.com
add me on friendster : shahrilmajid@hotmail.com

Share

Will be continue on tomorrow..

By
Posted By: shahrilmajid
, October 9, 2009 1:21 pm

Photobucket

Photobucket

Majlis istiadat Konvokasyen kali ke 2 AIMST University. bersambung esok..

Share

Panorama Theme by Themocracy

WordPress SEO fine-tune by Meta SEO Pack from Poradnik Webmastera
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline