Pantun Raya 1Malaysia

By
Posted By: shahrilmajid
, September 18, 2009 1:42 am

Pantun Raya PhotobucketMalaysia

Kelantan…
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu…
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang…
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor…
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka…
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan…
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur…
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak…
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei

Kedah…
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq

Perlis…
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Sori Sabah & Sarawak xdak, kena naik belon kalo nak karang.. hehehehe

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

dari putrafoto kepada seluruh warga malaysia tidak kira cina, india,iban,  kadazan sama-sama kita merayakannya.

“Memories may fade but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Member of Utaraclick.com

http://www.putrafoto.com

http://shahrilmajid.fotopages.com

Voice : 013-429 0077
Ym / facebook : King_qalha@yahoo.com / http://facebook.com/putrafoto
add me on friendster : shahrilmajid@hotmail.com

Share

Multicamera production (MCP) service is fully activated

By
Posted By: shahrilmajid
, September 15, 2009 1:40 pm


from the archievement gallery ( Majlis Istiadat Konvokesyen IKM Alor Star kali ke 10 )

Photobucket

Sejak akhir – akhir ini, ramai yang tidak memberi perhatian kepada videografi sedangkan anda menonton paparan berbentuk video setiap hari di kaca tv. Kebiasaannya, bakal pengantin melihat kepada fotography terlebih dahulu sedangkan video juga tidak kurang penting dan hebatnya. ‘Kos’ mungkin menjaadi faktor utama yang menyumbang kepada situasi begini.

putrafoto sangat menyedari akan masalah itu, jadi sejak itu Putrafoto menyediakan pelbagai kemudahan pakej fotografi dan videografi yang fleksibel untuk pilihan anda, dan yang penting sekali  ianya boleh disesuaikan dengan bajet anda. ‘the choice is yours’, dari kemera sekecil handycam hingga ke taraf MCP ( Multicamera Production) kami sedia membantu anda, bagi memenuhi kemauan anda.

Kami mahu berkongsi pengalaman bertahun-tahun mengendalikan video & Photography untuk majlis-majlis korprat,perkahwinan, Majlis makan malam, konvokasyen dan sebagainya bersama anda.

for further detail, qoutation regarding MCP ( Multicamera Production, camera work, Live broadcast, Video korprat, Live event etc, feel free to contact us )

jangan curang yaa.. Hold the line and stay with me. Call Now 013 – 429 0077 to book for your big day.

“Learn as if you were going to live forever.Live as if you were going to die tomorrow.”
-John Wooden, writer

“Memories may fade but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Member of Utaraclick.com
http://www.putrafoto.com
http://shahrilmajid.fotopages.com
Voice : 013-429 0077
Ym / facebook : King_qalha@yahoo.com
add me on friendster : shahrilmajid@hotmail.com

Share

Promosi bulan ramadhan

By
Posted By: shahrilmajid
, September 6, 2009 3:36 pm

SALAH satu amalan yang digalakkan untuk dilaksanakan dalam bulan Ramadan ini ialah amalan bersedekah, menderma, berwakaf atau menolong orang lain sama ada secara individu, membantu organisasi atau membantu pihak yang memerlukan bantuan khususnya dalam bentuk wang, harta benda ataupun perkhidmatan.

Istilah yang digunakan untuk amalan ini, khususnya dalam bulan Ramadan dipanggil amalan “al-jud”. “Al-jud” adalah perkataan bahasa Arab dan secara literal ia bermakna banyak pemberian, banyak bersedekah dan banyak berehsan kepada fakir miskin di bulan Ramadan atau pada bulan-bulan yang lain. Sesungguhnya amalan “jud” ini salah satu amalan dan ibadat yang dituntut dan ia telah menjadi amalan Rasulullah sepanjang bulan Ramadan kerana amalan ini akan mendapat ganjaran dan rahmat daripada Allah dengan ganjaran yang besar. Ini jelas seperti hadis yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi dari Saad bin Abi Waqash, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah sangat banyak pemberiannya, menyukai banyak pemberian, lagi Maha Pemurah, menyukai kemurahan tangan hamba-hamba-Nya.”

Photobucket

Maka dengan itu, putrafoto telah merendahkan pekej album sticky bagi majlis perkahwinan anda. Harus di ingat, pakej ini hanya layak bagi mereka yang membuat tempahan pada bulan ramadhan sahaja. Just grab this opportunity by now.

Photobucket

1 pakej promosi pekej perkahwinan
1 Album
1 Professional Wedding photographer
1 DVD unlimited shoot
1 harga
1 bulan promosi
1 Free gift

**Hanya sah bagi mereka yang membuat tempahan pada bulan ramadhan sahaja

“Memories may fade but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Member of Utaraclick.com
http://www.putrafoto.com
http://shahrilmajid.fotopages.com
Voice : 013-429 0077
Ym / facebook : King_qalha@yahoo.com
add me on friendster : shahrilmajid@hotmail.com

Share

Panorama Theme by Themocracy

WordPress SEO fine-tune by Meta SEO Pack from Poradnik Webmastera
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline